Back

ⓘ Taman alam atau taman semulajadi ialah istilah untuk landskap yang dilindungi melalui perancangan jangka panjang, penggunaan dan pertanian lestari. Landskap ber ..



                                               

Jantung Borneo

Jantung Borneo ialah perjanjian pelestarian cetusan Tabung Hidupan Liar Sedunia untuk melindungi wilayah hutan Borneo seluas 220.000 km². Perjanjian ini ditandatangani oleh Brunei, Indonesia, dan Malaysia di Bali pada 12 Februari 2007 untuk menyokong inisiatif ini. Wilayah ini merupakan habitat bagi 10 spesies endemik primat, lebih dari 350 spesies burung, 150 spesies reptilia dan amfibia, dan 10.000 spesies tumbuhan. Sejak 2007 sehingga 2010, sebanyak 123 spesies baru ditemui di wilayah ini. Laporan status pada 2012 mendapati bahawa hutan hujan pamah Borneo semakin terancam.

                                     

ⓘ Taman alam

Taman alam atau taman semulajadi ialah istilah untuk landskap yang dilindungi melalui perancangan jangka panjang, penggunaan dan pertanian lestari. Landskap berharga ini dikekalkan dalam keadaan terkini dan dipromosikan untuk tujuan pelancongan.

Di kebanyakan negara, taman alam adalah tertakluk kepada kakwasan perlindungan yang ditetapkan secara sah, yang merupakan sebahagian daripada undang-undang pemuliharaan mereka.

Dari segi tahap perlindungan, kategori "Taman Alam" tidak sama dengan "Taman Negara", yang ditakrifkan oleh IUCN dan Suruhanjaya Dunia untuk Kawasan Perlindungan sebagai jenis kawasan perlindungan jenis II. Penetapan "Taman Alam", bergantung pada spesifikasi setempat, jatuh antara kategori III dan kategori VI mengikut kategori IUCN, dalam kebanyakan kes lebih dekat kepada kategori VI. Bagaimanapun, sesetengah taman alam telah dialihkan menjadi taman negara.

                                     

1. Taman alam antarabangsa

Taman alam antarabangsa yang pertama di Eropah, Taman Negara Pieniny pada masa ini telah diasaskan bersama oleh Poland dan Slovakia pada tahun 1932.

  • Taman Alam Semulajadi Eropah: Rancangan dan projek merentas sempadan dijalankan di bawah payung Europarc.
  • Rangkaian Taman Kawasan Terpelihara PANPark, pensijilan oleh rangkaian WWF yang bertujuan untuk menggabungkan pemuliharaan belantara dengan pelancongan
                                     

2. Pautan luar

  • Laman Persatuan Taman Alam Semula Jadi Jerman
  • Laman web South Tyrol Nature Parks
  • Laman Rangkaian Park Swiss
  • Laman Persatuan Taman Alam Austria
  • Europarc Jerman
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →