Back

ⓘ Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayan adalah kementerian yang berada di bawah kerajaan Mala ..



Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
                                     

ⓘ Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayan adalah kementerian yang berada di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini ialah Yang Berhormat Dato Sri Nancy binti Shukri.

                                     

1. Sejarah

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia merupakan warisan dari Bahagian Kebudayaan yang diwujudkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan pula di bawah naungan Kementerian Penerangan.

Menyedari akan betapa pentingnya kebudayaan diberi pemerhatian khususnya untuk perpaduan setelah mengalami pengalaman pahit peristiwa 13 Mei 1969 dan ekoran penggubalan Dasar Kebudayaan pada tahun 1971,maka pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pada 20 Mei 1987, komponen kebudayaan dipisahkan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan digandingkan pula dengan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia. Seterusnya sebuah Kementerian baru diwujudkan bergelar Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Lima tahun kemudian pada 22 Oktober 1992 struktur Kementerian ini diperkemaskan lagi dan diberi nama baru Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Ekoran dari penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004, kedua-dua komponen utama iaitu kebudayaan dan pelancongan telah dipisahkan dan diletakkan di bawah Kementerian berasingan iaitu Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Bermula dari penyusunan semula Kabinet pada 18 Mac 2008, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri JPM telah diserap ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan KEKKWA dan kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Sebelum ini Kementerian ini hanyalah salah satu cabang daripada Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menjadikannya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Namun semenjak Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato Seri Najib mengambil alih, ia dijadikan satu kementerian yang khusus iaitu Kementerian Pelancongan. Sebelum ini tugas ini digalas oleh Dato Seri Ng Yen dan Dato Seri Azalina Othman Said. Selepas pengumuman Kabinet Menteri 2013-2018 oleh Dato Seri Najib, kementerian ini kembali digabungkan dengan Kementerian Kebudayaan menjadi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

                                     

2. Jabatan/Agensi

  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN
  • Pusat Pelancongan Islam
  • Istana Budaya IB
  • Jabatan Muzium Malaysia JMM
  • Arkib Negara Malaysia
  • Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara LPSVN
  • Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA
  • Tourism Malaysia
  • Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia
  • Perpustakaan Negara Malaysia PNM
  • Jabatan Warisan Negara
  • Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →