Back

ⓘ Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu p ..



                                               

Pilihan raya umum Sweden 2018

Pilihan raya umum 2018 diadakan pada Ahad, 9 September 2018 di Sweden, bagi memilih anggota-anggota Riksdag, yang seterusnya akan memilih Perdana Menteri di negara itu. Pilihan raya daerah dan bandaran juga diadakan pada hari yang sama.

                                               

Parti Ummat

Parti Ummat ialah parti politik di Indonesia yang diasakan oleh Amien Rais setelah ia tidak bersetuju dengan Parti Amanat Nasional. Menurut kalender hijriah, Parti Ummat akan diisytiharkan pada 17 Ramadan 1442 H. Partai ini berasaskan Islam Rahmatan Lil Alamin dan membawakan slogan "Tegakkan Keadilan, Lawan Kezaliman".

                                               

Keir Starmer

Sir Keir Rodney Starmer ialah ahli politik dan bekas peguam British yang berkhidmat sebagai Pemimpin Parti Buruh dan Ketua Pembangkang sejak tahun 2020. Beliau telah menjadi Ahli Parlimen bagi Holborn dan St Pancras sejak tahun 2015. Secara ideologinya, Starmer menganggap dirinya sebagai seorang sosialis dan telah digambarkan sebagai berada di kiri lembut di dalam Parti Buruh.

                                               

Hari Quds

Templat:Jerusalem sidebar Hari Quds Hari Baitulmuqaddis ; Quds ialah nama bahasa Arab bagi Baitulmuqaddis, secara rasmi dipanggil Hari Quds Antarabangsa Bahasa Parsi: روز جهانی قدس ‎, ialah acara tahunan yang diadakan pada Jumaat terakhir Ramadan yang dimulakan oleh Republik Islam Iran pada tahun 1979 untuk menyatakan sokongan untuk orang Palestin dan menentang Zionisme dan Israel. Pada namanya, ia wujud bertentangan dengan sambutan Hari Jerusalem yang diperkenalkan oleh Israel pada Mei 1968, dan undang-undang Knesset mengubahnya menjadi cuti kebangsaan pada tahun 1998. Hari Quds juga diad ...

                                     

ⓘ Ideologi

Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial.

Menurut Ensiklopedia Brittanica, ideologi dimaksudkan sebagai" salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia”.

Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menafsirkan maksud ideologi adalah" fahaman ajaran yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan”.

Pengertian ideologi adalah berbeza pada pandangan tokoh dan sarjana. Berikut adalah sebahagian pengertian ideologi:

Destertt de Tracy:Ideologi adalah pembelajaran terhadap idea-idea pemikiran tertentu.

Machiavelli:Ideologi adalah sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki oleh penguasa.

Thomas H:Ideologi adalah suatu cara untuk melindungi kekuasaan pemerintah agar dapat bertahan dan mengatur rakyatnya.

Karl Marx:Ideologi merupakan alat untuk mencapai kesamarataan dan kesejahteraan bersama dalam masyarakat.

Muhammad Ismail: Ideologi Mabda’ adalah pemikiran mendasar yang sama sekali tidak dibangun disandarkan di atas pemikiran yang lain.

Manakala fahaman membawa erti yang berbeza dengan ideologi. Di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga menyebut bahawa fahaman iaitu" pengetahuan, pemikiran, anggapan, pendapat dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara”. Fahaman adalah sebahagian daripada item yang membentuk ideologi.

Perbezaan antara fahaman dan ideologi adalah fahaman hanyalah pemikiran seorang yang menjadi tanggapan semata-mata yang mungkin menjadi atau tidak dalam pegangan masyarakat. Manakala, ideologi adalah gagasan idea yang membentuk pemikiran manusia terhadap sesuatu konsep dan dipegang oleh sebahagian manusia

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →