Back

ⓘ Matematik pengiraan ialah satu cabang utama matematik yang mengaplikasikan penyelidikan matematik dalam bidang-bidang sains di mana pengiraan memainkan peranan ..



Matematik pengiraan
                                     

ⓘ Matematik pengiraan

Matematik pengiraan ialah satu cabang utama matematik yang mengaplikasikan penyelidikan matematik dalam bidang-bidang sains di mana pengiraan memainkan peranan yang asas dan utama, yang menekankan penggunaan algoritma, kaedah berangka dan kaedah simbolik. Pengiraan adalah satu aspek utama dalam penyelidikan. Matematik pengiraan muncul sebagai bahagian berasingan dari matematik gunaan sejak tahun 1950an. Kini, matematik pengiraan boleh merujuk kepada atau termasuk:

  • Teori maklumat algoritma
  • Penyelesaian masalah matematik dengan simulasi komputer berbanding kaedah analisis matematik gunaan
  • Kaedah-kaedah Stokastik, seperti kaedah Monte Carlo dan perwakilan lain untuk ketidakpastian dalam pengiraan saintifik, contohnya elemen terhingga stokastik.
  • Pengiraan simbolik dan sistem algebra komputer
  • Teori permainan algoritma
  • Penyelidikan bantuan komputer dalam pelbagai bidang matematik seperti logik pembuktian teorem automatik, matematik diskret pencarian untuk struktur matematik seperti kumpulan, teori nombor pengujian keprimalan dan pemfaktoran, kriptografi, dan topologi algebra pengiraan.
  • Teori nombor pengiraan
  • Geometri pengiraan
  • Topologi pengiraan
  • Matematik untuk pengiraan saintifik sisi bersifat teori yang melibatkan bukti matematik, khususnya analisis berangka
  • Kaedah berangka yang digunakan dalam pengiraan saintifik, contohnya algebra linear berangka dan penyelesaian berangka untuk persamaan pembezaan separa
  • Linguistik pengiraan, penggunaan teknik matematik dan komputer dalam bahasa-bahasa sejadi.
  • Sains pengiraan, juga dikenali sebagai pengiraan saintifik atau kejuruteraan pengiraan
                                     

1. Buku rujukan

  • Cucker F., 2003. Foundations of Computational Mathematics: Special Volume Handbook of Numerical Analysis, North-Holland Publishing, ISBN 978-0444512475
  • Gentle J. E., 2007. Foundations of Computational Science, Springer-Verlag, ISBN 978-0387004501
  • Nonweiler T. R., 1986. Computational Mathematics: An Introduction to Numerical Approximation, John Wiley and Sons, ISBN 978-0470202609
  • Harris J. W. and Stocker H., 1998. Handbook of Mathematics and Computational Science, Springer-Verlag, ISBN 978-0387947464
  • Yang X. S., 2008. Introduction to Computational Mathematics, World Scientific Publishing, ISBN 978-9812818171
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →