Back

ⓘ Pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan ..



                                               

Taman Greenwood

Taman Greenwood merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Gombak, dalam negeri Selangor, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Merupakan sebuah kawasan yang sangat stragegik dari segi kedudukannya yang berada berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur dan bandar-bandar yang lain seperti Ampang, Cheras, Selayang, Kepong dan Bentong, Pahang

                                               

Ibn Khaldun International Institute of Advanced Research (Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa Ibnu Khaldun)

Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa Ibnu Khaldun adalah sebuah institusi penyelidikan dan pascasiswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang terletak di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. ISLAH telah diubah daripada nama sebelumnya iaitu Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa ISTAC untuk jangka masa yang sangat singkat dalam masa kurang dari 6 bulan sejak penubuhannya pada tahun 2015. Pertukaran nama kepada ISLAH merupakan langkah politik beberapa bekas pensyarah bagi menyelamatkan ISTAC ekoran perintah untuk dipindahkan dan ...

                                               

Nurul Aqilah Muhammad Zafri

Nurul Aqilah Binti Mohammad Zafri atau dikenali sebagai Qiela merupakan seorang peragawati dan KOL sosial media influencer. Beliau juga berpengalaman dalam bidang Industri modelling, nyanyian dan lakonan. Merupakan seorang duta produk kecantikan Angel White Dr. Irma pada 2018, duta produk tudung keluaran The Leroy Scarves, pernah memperagakan pakaian dari Fifi Gallery, dan busana pengantin dari Teh Songket dan terlibat dalam aktiviti peragaan yang lain.

                                               

Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia

Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia atau PPPTMM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menghimpunkan pengusaha-pengusaha pusat tuisyen muslim seluruh Malaysia. Persatuan telah ditubuhkan pada bulan November 2020 dan merupakan persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia ROS dengan nombor pendaftaran PPM-013-14-20112020.

                                               

Pos Gob

Pos Gob ialah sebuah kampung serta petempatan Orang Asli di jajahan Gua Musang, Kelantan, Malaysia, yakni berdekatan Gua Musang. Petempatan ini ialah petempatan bagi etnik Orang Asli Temiar.

                                               

Bibliografi Maszlee Malik

Yang Berhormat Dr Maszlee Malik ialah seorang ahli akademik dan ahli politik di Malaysia. Beliau aktif menghasilkan penulisan buku, novel dan kertas kajian ilmiah. Berikut ialah senarai karya beliau:

                                     

ⓘ Pendidikan di Malaysia

Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China.

Sistem Pendidikan di Malaysia

                                     

1. Ciri-ciri

Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:

  • Prasekolah
  • Pengajian tinggi
  • Pendidikan rendah
  • Pendidikan menengah

Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains dan Matematik.

                                     

2. Pendidikan prasekolah

Sekolah tadika prasekolah menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

                                     

3. Pendidikan rendah

Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.

Bahasa Melayu, bahasa Inggeris,matematik dan sains merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR.

Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.



                                     

4. Pendidikan menengah

Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains Biologi, Fizik dan Kimia dan Matematik termasuk Matematik Tambahan Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan darjah mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga digelar peringkat menengah rendah, para pelajar akan menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga PT3. Berdasarkan pencapaian PT3, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.

Pada akhir Tingkatan Lima digelar peringkat menengah atas, para pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap O General Certificate of Education Kelulusan Umum Pelajaran yang menjadi GCSE General Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah. Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap O bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap O British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan.

Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan. Saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan Pengakap."

Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama Unified Examination Certificate /UEC. Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan oleh Dong Jiao Zong Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina sejak tahun 1975.

Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional UEC-V, Junior UEC-JML/JUEC dan Senior UEC-SML/SUEC. Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains Biologi, Kimia dan Fizik, Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris.

Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah Junior sehingga ke tiga tahap tinggi Senior. Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.

UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.

                                     

5. Pendidikan pra-universiti

Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM. Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa.

Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama kelayakan kemasukan universiti.

Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.

Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.

                                     

6. Pengajian tinggi

Lihat juga: senarai universiti di Malaysia.

Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti awam tempatan. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajar-pelajar yang mendapat semua A dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan.

Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed pada ketika itu. Kini, KPT telah bergabung bersama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membentuk Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian diketuai oleh Dato Seri Diraja Mahdzir Khalid.

Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara".

Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia.

Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa itu 1995, Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains 24 orang Malaysia dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia.

Selain itu, terdapat juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar



                                     

7. Jenis sekolah rendah dan menengah

Sekolah Kebangsaan

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

Sekolah Bestari

Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.

                                     

7.1. Jenis sekolah rendah dan menengah Sekolah Kebangsaan

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

                                     

7.2. Jenis sekolah rendah dan menengah Sekolah Kluster

Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

                                     

7.3. Jenis sekolah rendah dan menengah Sekolah Jenis Kebangsaan

Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 21% daripada pelajar sekolah rendah mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 3.6% daripada pelajar sekolah rendah mendapat 1% daripada pengagihan.

                                     

7.4. Jenis sekolah rendah dan menengah Sekolah Wawasan

Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.

                                     

7.5. Jenis sekolah rendah dan menengah Sekolah Agama Islam

Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia dengan menduduku peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM,dan kebanyakan pelajar ini melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

                                     

7.6. Jenis sekolah rendah dan menengah Sekolah Mubaligh

Terdapat juga beberapa Sekolah Kebangsaan Methodist, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sekolah Kebangsaan La Salle, Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Sekolah Kebangsaan Convent, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent dan banyak lagi sekolah mubaligh Kristian.

                                     

7.7. Jenis sekolah rendah dan menengah Sekolah Teknik dan Vokasional

Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.entah

                                     

8. Ujian awam kebangsaan

Terdapat lima ujian awam kebangsaan:

  • Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM diadakan semasa tingkatan 6 sekolah menengah agama.
  • Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR diadakan semasa tahun 6 sekolah rendah.
  • Sijil Pelajaran Malaysia SPM diadakan semasa tingkatan 5 sekolah menengah.
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga PT3 diadakan semasa tingkatan 3 sekolah menengah.
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM diadakan semasa tingkatan 6 sekolah menengah.
                                     

9.1. Mata Pelajaran Sekolah 1)SEKOLAH RENDAH Tahun 1.2 dan 3

Tahun 1 hingga tahun 3 Semasa tahun ini,pelajar-pelajar dari tahun 1 hingga tahun 3 tidak akan menduduki peperiksaan besar sepertimana yang diduduki oleh pelajar tahun 4 hingga tahun 6 dan ke atas. Subjek yang dipelajari:

  • Pendidkan Kesenian
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Pendidkan Jasmani dan Kesihatan
  • Sains
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu

2)SEKOLAH RENDAH Tahun 4.5 dan 6UPSR

Dari tahun 4 hingga tahun 6 Setiap tajuk yang dipelajari oleh ketiga-tiga tahun ini akan dimasuki di dalam Ujian Pendidikan Sekolah RendahUPSR kecuali mata pelajaran selain Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Matematik,Sains.

Teras

  • Matematik
  • Bahasa Melayu
  • Sains
  • Bahasa Inggeris

Wajib Dipelajari

  • Pendidikan Muzik
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Jasmani
  • Sejarah
  • Pendidkan Islam/Pendidikan Moral
  • Kajian Tempatan
  • Pendidikan Kesihatan
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Seni
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi

3)MENENGAH RENDAH

Tingkatan 1.2 dan 3PT3

Ketiga-tiga tingkatan ini telah pun memasuki era Pentaksiran Tingkatan 3 yang dimana menentukan aliran kelas mana yang akan anda duduki semasa tingkatan 4 dan 5.

Teras

  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Sejarah
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Asas Sains Komputer
  • Pendidkan IslamMurid Islam
  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Geografi

Tidak Teras

  • Pendidikan Seni visual
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
  • Pendidikan MoralMurid Bukan Islam
  • Pendidikan Muzik

4)MENENGAH ATAS Tingkatan 4 dan 5SPM

Semasa di menengah atas inilah yang akan menentukan kerjaya apa yang akan anda bekerja dan sekiranya markah anda bagus anda akan melanjutkan pelajaran ke peringkat atasan iaitu berpendidikan Tinggi.

Teras

  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah

Sekiranya ambil aliran Sains anda tidak boleh mengambil mata pelajaran Sains

Aliran Sains

  • Matematik Tambahan.
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi/Reka Cipta/Kejuruteraan

Aliran Sastera

1)

  • Prinsip Akaun
  • Perniagaan
  • Ekonomi

2)Agama

  • Pendidikan Al quran dan As sunnah
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Syariah Islamiah

3)Kemanusiaan

  • Teater
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Seni visual
  • Geografi

Tidak Teras

  • Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


                                     

10. Mata Pelajaran Sekolah Agama

Sekolah Agama di Malaysia diuruskan oleh Kerajaan Negeri masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan yang dirusukan oleh Kementerian Wilayah dan Luar Bandar.Jika anda menuntut pelajaran di kawasan Wilayah Persekutuan seperti Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan anda boleh melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama.

                                     

10.1. Mata Pelajaran Sekolah Agama SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR SAKJ

Sekolah ini diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Silibus di sekolah ini digubal oleh mufti negeri Johor.Berikut senarai mata pelajaran yang wajib diambil:

                                     

10.2. Mata Pelajaran Sekolah Agama 2) Darjah 3

  • Ibadat
  • Sirah
  • Al quraan
  • Arab
  • Akhlak
  • Tauhid
  • Tajwid
  • Jawi
                                     

10.3. Mata Pelajaran Sekolah Agama 3) Darjah 4

  • Alquraan
  • Tajwid
  • Sirah
  • Tafsir Alquraan
  • Arab
  • Ibadat
  • Tauhid
  • Akhlak
                                     

10.4. Mata Pelajaran Sekolah Agama 4) Darjah 5 dan 6 Darjah 5 akan menduduki UPKKDarjah 6 akan menduduki SDEA

  • Munakahat Ibadat 2
  • Tauhid
  • Sirah
  • Tajwid
  • Tafsir Alquraan
  • Muamalat Ibadat 2
  • Arab
  • Akhlak
  • Alquraan
  • Jinayat Ibadat 2
  • Ibadat
                                     

10.5. Mata Pelajaran Sekolah Agama 5) Darjah Khas

Darjah Khas merupakan satu satunya darjah yang hanya terdapat di Johor. Kelulusan Darjah Khas diperlukan untuk memasuki JMF Angkatan Tentera Setia Johor dan menjadi Ustaz atau Ustazah di SAKJ di sekitar Johor.

  • Muamalat
  • Tafsir Alquraan
  • Tajwid
  • Arab
  • Alquraan
  • Hadis
  • Munakahat
  • Ibadat
  • Faraid
  • Tauhid
  • Jinayat
  • Sirah
  • Akhlak
                                     

10.6. Mata Pelajaran Sekolah Agama SEKOLAH RENDAH AGAMA INTERGRASISelangor

Berikut merupakan sistem pendidkan Sekolah Agama di negeri Selangor Darul Ehsan yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam SelangorJAIS.

1)Tahun 1 hingga Tahun 2 Kedua tahun ini tidak menduduki peperiksaan besar.

  • Tajwid
  • Feqah
  • Sirah
  • Tauhid
  • Arab
  • Jawi
  • Akhlak
  • Hafazan

2)Tahun 3 hingga Tahun 5UPKK Ketika tahun ini pembelajaran akan menjadi lebih sukar.

  • Tajwid
  • Akhlak
  • jawi
  • Sirah
  • Feqah
  • Hafazan
  • Tauhid
  • Arab

3)Tahun 4 hingga 6PSRA PSRA bermaksud Peperiksaan Sekolah Rendah Agama

  • Jawi
  • Hafazan
  • Sirah
  • Akhlak
  • Arab
  • Tajwid
  • Tauhid
  • Feqah
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →