Back

ⓘ Budaya Indie. Indie, merupakan ringkasan kepada bebas, merupakan berkenaan trend yang dilihat dalam muzik, filem dan budaya kecil yang berkembang pada akhir kur ..



                                     

ⓘ Budaya Indie

Indie, merupakan ringkasan kepada bebas, merupakan berkenaan trend yang dilihat dalam muzik, filem dan budaya kecil yang berkembang pada akhir kurun ke-20.

Takrifan yang lebih umum perkataan tersebut adalah untuk lebih bebas dari aliran utama. Perkataan ini semakin dikaitkan dengan budaya kecil yang ditakrifkan melalui kaitannya dengan muzik, fesyen, tabiat, dan kepercayaan. Budaya Indie merupakan satu carahidup yang menurut gaya masyarakat yang dianggap secara sedar melencong dari aliran utama. Satu kepercayaan yang sekata dalam budaya indie adalah anti-menurut. Pengaruh utama bagi budaya indie terhasil dari medan muzik indie, yang dikaitkan dengan budaya DIY pada seni. Ramai pengikut budaya indie dikaitkan dengan senario medan muzik dan seni bebas tempatan.

Semenjak kemunculannya pada awal 1980-an, semakin ramai remaja telah tertarik dengan kepercayaan dan gaya budaya indie. Sebagaimana budaya kecil sebelumnya, budaya indie telah menjadi sebahagian budaya remaja aliran utama, dalam sesetengah cara mencapai status pengikut yang pada awalnya ditolak. Pada 2000-an, budaya indie telah bercampur crossovers dengan budaya kecil lain, termasuk budaya alternatif, punk, Hipster, sekolah seni, hippie, grungers, dan gaya hidup Mod.

                                     

1. Muzik

Rock Indie meletakkan dirinya sebagai genre muzik pada 1980-an apabila kumpulan seperti Pixies dan Sonic Youth, yang tidak pernah mencapai kejayaan besar dalam aliran utama, mencapai tahap kepujian kritikal critical acclaim dan pengikut kultus dikalangan kumpulan peminat bagi alternatif atau muzik yang tidak bersama label utama.

Muzik Indie mentakrifkan dirinya sebagai diperlukan bagi melawan syarikat besar, mula bangkit semenjak era punk Hardcore teras apabila kumpulan seperti Minor Threat, Black Flag dan Bad Brains kesemua mentakrifkan diri mereka sebagai semangat bebas, membebaskan kesemua video mereka pada syarikat rakaman kecil, menempah persembahan mereka sendiri dan mencipta sikap Buat Sendiri DIY bagi muzik punk. Di Amerika kumpulan Bebas awal kemudiannya dilabel sebagai kumpulan rock Alternative atau College.

                                     

2. Filem

Sebagaimana scene muzik indie, filem bebas merupakan bentuk seni yang dihasilkan tanpa pembiayaan, dan dengan itu penyesuian, berbanding studio filem utama, yang dengan itu membenarkan peminat yang menghargai meneroka kualiti lebih tulin atau avant-garde dalam filem. Oleh kerana filem sedemikian kini semakin meningkat kepopularan sesetengah jaringan satelit telah melancarkan saluran filem indie khusus, membawa filem bebas kepada penonton telivesen yang lebih luas.

                                     

3. Pautan luar

  • Beauty Bar - Indie, Dance, Nu-Rave, Hipster & Scenester Bar
  • Indie Krush - Indie Art & Music Collective in Las Vegas.
  • CNN.com article about Indie culture
  • Hipster Hunter - Guide to understanding indie hipster scene
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →